Monday, 19 December 2011

cool ke ?

"dyew bgy sayew bunge tayo laah! so schweet!"
( dia bagi saya bunga tayar la! so sweet! )

"axoe bnci nux maty kat koe!"
( aku benci nak mati kat kau )


 err, tumpang tanye ye kepams. tulisan sebegini cool eh? 


ye aku tau entry kali ni aku tak bagi salam. okey2. assalamualaikum. dah lama nak post entry  ni. tapi asik tak jadik je. ayat yang aku tulis tu memang selalu sangat keluar dekat news feed FB aku. BTW, sorry for the ciplaks okeh! 


opps, sory. tak sempat nak ambik baldi!


aku ni memang suke sangat baca news feed kat FB tu. kalau online, aku scroll down dulu sampai abis baca then baru aku bukak notifications etc. ada satu wall post ni aku terbaca, sumpah aku tak paham. ayat dia macam ayat nombor dua tu. aku rasa 10 km/j je aku baca. mau 10 jam tak abis2.




aku admit, kadang2 aku remove je sape2 yang tulis camtu, nak2 yang 5 minit sekali update status. bajet artis, pulak tu tah pape.. sorry la, aku bukan niat nak bajet baik, bagus or whatsoever. tapi, tau makne sakit ati ? sile rujuk kamus yuyu-bahasakan-kau disini.




sakit hati: feeling nak berguling2 kat atas jalan tar sambil rasa macam nak jerit 'yohaaaaa!!!!!!'. juga macam nak bagi PJJ- pelempang jarak jauh. *weell, u see, i'm a good athlete. tak lupe jugaks, feeling nak muntah ijau n ada macam2 kaler in it.


antara perkataan yang annoying:

1. atox. kalau cara sebot dalam alam nyate maybe 'atoks'. ehem~ panggil atok sikit punye seksi sekse. tersembor air lior.

2.buhsan. ape doh? penat pikir la. wah! stylo la awok cakap cenggini ! like sampai berak berdarah !

3.gyle. kesian otak aku penat nak pikir. kan otak kan ? did he / she means an english word here? tak kot. 'gile' la aku rasa. tafi khan, shayew rasew lagy gyle blew bcew sttus awok tao. erkh~

4.10 4 d 8. ni memang aku lambat pikap nak paham. sumpah! rupenye 'thanks for the add'. ade jugak orang pemalas macam dia ni ek.

5. unye. pelat eh? haha ! ce sebot betol2, 'punye'. pandai pulak kau sebot.

6.calah. dalam alam realiti, korang memang cakap 'calah' or 'salah' ? menyusahkan diri is not good for health. hoho.

7. penadd. siap ade qalqalah tu wey. huhu

8. nuntok. baby je kot cakap camni. gatal kepale otak aku nak translate. rupenye, 'ngantok'. adoi !


malas la aku nak membebel banyak2 lagi, termerapik pulak kang. takut terjangkit virus gewdiks ni pon ye jugak. haha. 




p/s: memang patot pon kite asyik terus kena pijak. bahasa jek dah berterabur. bahasa mandarin adalah bahasa yang selalu dituturkan didunia. bukan bahasa INGGERIS. kalau orang cina boleh maju, kenapa tak kita ?

0 orang buat demo: