Friday, 27 January 2012

mengigau story.

hoihoiyahoi. hehe.




macam tajoknye, nak cite pasal mengigau. aku enjoy tengok orang mengigau, nak2 kalau adik aku yg mengigau. jahat aku ni. hehe. 


bile mengigau, konfem bile bangun tido dah tak ingat mimpi ape yg buat kite sampai ngigau tu ek ? siyes sampai sekarang aku blur pasal tuh. aku rasa adik aku ni ade penyakit mengigauitis. hehe.


antara scene ngigau adek2 aku yang paling aku ingat:

1. ade sekali aku suruh dia bangun n pindah tempat tido. dia bangun, merapu2 jap pastu dia meniarap kat lantai, wat gaya terbang sambil cakap, " bu, terbang bu, terbaaannngggg ! ". aku dah tak dulik hape dah, aku bantai gelak kat situ jugak. gawat, gawat.


2. time scene dia ngigau yg kedue ni dia tengah tersadai kat ruang depan, tido cam orang kaye. kaki kiri letak kat lutut kanan. dia ngigau , dia merapu cam ni, " belikan pan pen pon pan pen. . . " . sumpah aku tak paham. baru belajar bahasa togo agaknye. parah, parah.


3. yang ngigau kali ni, adek aku yg nombor due pulak. time tu da lewat malam, mata aku buang tebiat pulak xnak tido. sekali adek aku leh nyanyi lagu hape ntah. pastu dia leh cakap, " cancananaaaaa, rempiiittttttttttt ! ". sebab orang dah tido la aku gelak slow2, kalau tak, memang dah golek2 aku gelak.


4. ni kes aku pulak ngigau. aku bangun, adek aku cite. time ni kecik lagi. dalam darjah 3 kot. aku ngah demam panas. tido kat ruang depan. mak n adek2 aku sume ade la kan kat situ. sat agi aku leh bangun, wat style otromen n cakap " otromeeennnnnnn ! ". then baring balek, sambung tido. pastu bangun balek , amek kusyen, pergi kat mak aku n cakap " nah bu, hadiah ". yg pelik, tau pulak aku mak aku kat mana. hadoi ~


ni jela yang aku ingat, setakat ni, aku still suke tengok orang mengigau. haha. best hobby ever !

0 orang buat demo: