Thursday, 1 March 2012

Warkah untuk katak

moooo !


kehadapan encik / cik katak yg disayangi, semoga anda berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. oh ye, maafkan saya andai kata saya terlupa format surat tidak rasmi.


tujuan saya menulis warkah berlagu rock kepada anda adalah sudah pastinya untuk membina ikatan silaturrahim sesama kite walaupun saya amat membenci menyayangi anda. selain itu, saya juga mahu mengucapkan tahniah atas keberjayaan anda menakluki jamban saya serta keberhasilan anda menabalkan tempat saya melabur saya sebagai wilayah anda.


sebagai menunjukkan rasa protes sayang saya terhadap anda, setiap kali saya ternampak anda dalam bilik air saya, saya akan menyimbah2 anda dengan air yg bergayung - gayung banyaknya sehingga anda keluar daripada bilik air saya. hal ini juga dilaksanakan sebagai salah satu cara untuk memastikan yg anda dan koloni2 anda tidak memeranjatkan saya ketika saya sedang melabur di bursa saham tersebut. 


sehubungan dengan itu, saya yuyu ashari ingin meminta jasa baik anda untuk berundur dari wilayah saya. ini adalah rundingan damai antara kerajaan saya dan kerajaan anda. ini juga adalah amaran terakhir. 


yang bakal mengamuk,
yuyu ashari.

4 orang buat demo:

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

reena jerit terus..selagi ada dekat situ tak akan berganjak reena..fobia nak mampus..

Yuyu Ashari said...

@Saya mEmang suka Menuliz:D

hahaha, cyan nye awak. sme je ngan kite, cume kite tak jerit2 la. haha.

Diyana Norman said...

hahahah.. kalau awak katak. sy pulak lipas..

blogwalking dr bloglist hiwhiw

Yuyu Ashari said...

@Diyana Norman

haha, hope awok tak kne attack ngan lipas tu dah la. hewhew.