Tuesday, 10 April 2012

All about babies !

Assalamualaikum. 






sejak anak abg ben lahir ni, kemain aku tacing2 bagai bile tengok baby. kaum adam, sila pilih aku utk dijadikan calon bini. ehhh ? hawhawhaw.

tapitapitapi, aku ngeri bila dengau kawen2 bagai time umo mude belia camni. sila muntah. harhar. 

aku tengok muke innocent baby baru lahir tu je da tacing. tenang je. dosa besar kuman pon diorang takde lagi. yg suke bakar2 baby tu takde feeling kesian ke ? sobsobs. mata n pipi baby la yg tambahkan kecomelan diorang. 

so, aku nak share sikit pasal baby kat korang ! enjoy. 


# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu

# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar

# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir

# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan

# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan

# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

# Deria rasa bayi masih tidak berbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik

# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit

# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit

# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan

# Mendengarkan muzik klasikal menambah kepintaran bayi

# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari

# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya

# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya

hebak kan tuhan kita ? subhanallah. 

3 orang buat demo:

AL AZRUL said...

wah.. stylo jgk info ttg baby ni..

Yuyu Ashari said...

@AL AZRUL, tau xpe. baby pon stylo ek. :)

♔Lady Ainaa♔ said...

Wahh byk btl info baby yg ena xtau.. Heeee... Sonoknye dy dpt ank buah baru... Awww...