Thursday, 5 April 2012

Anna, in the name of your pavlova, I LOVE YOU ! ( part 1 )

kek pavlova


" Hello, may i speaking to Anna Zahira ? "




" ya, saya sendiri. siapa ya ? ada hal penting ke telefon saya ni ? "




" oh yes. i am Safira from karangkraf company. we would like to shoot you as a cover girl for dara.com for february issue. will you accept it ? "




tipikal orang Kuala Lumpur tulen. bahasa mat saleh memanjang. 




" whoa ! i'd love to ! bila photoshoot nya ya ? "




" we would like to hold it on this saturday. are you okay with it ? or should i fix it on another day ? "




" no, no ! saya akan pastikan saya free hari tu. terima kasih. " balasku sambil tersenyum. 




perempuan Safira itu menyambut kata - kataku dengan ketawa kecil seraya berpamit sebelum meletakkan gagang telefon. 




sesi fotografi yg entah keberapa kali sejak sesi fotografi yg pertama dahulu. keanehan mimik muka aku saat berposing ketika itu cukup untuk membuat seluruh ahli keluargaku gelak seperti mahu putus urat kentut mereka. apa yg aku perasan, dunia aku sudah seakan - akan terpusing saturatusnamplohriburatuspuluhsa sejak aku memiliki sebuah kafe manisan atas jenama ku sendiri pada tahun yg lalu.




ini memang kegilaan ketara yg dikongsi bersama Dira, teman makan semangkuk aku sejak zaman berhingus lagi. pada usia 22 tahun seperti ini, kami sibuk mengemudikan bisnes cabuk kami yg baru mahu bertapak ini. oh yaaa, itu belom termasuk lagi masa yg dihabiskan utk belajar membuat menu baru. 




pendapatku tentang facebook ? aku tidak mempunyai masa untuk semua kegilaan yg ada disitu. 




sejak followers di blog aku mencecah 30k ++ dan sejak jenama manisanku menjadi bualan ramai, aku mulai mengenal si haters dan si copycats yg mula menular bak semut yg suka hurung stok gula aku kat rumah. kenapa mesti wujud golongan manusia pembenci seperti mereka ? 




Aku cuma seorang Arianna Zahira binti Syed Hashim, tipikal gadis 22 tahun yg obses dengan manisan dan cuma memiliki SATU sahaja akaun facebook seumur hidup aku. There are no such fake arianna in this world but, there are fake arianna's facebook account in this world.




does the word ' world ' sounds too hyperbola there ? 




oh yaa, aku juga seorang pemakai cermin mata yg tegar sebelum ini. namun, setelah menyedari bahawa kecantikan adalah hak milik setiap insan, aku mula memakai kanta lekap freshkon dan cermin mata ku telah dianaktirikan. well, apa lagi yg boleh dikata. hidup tidak selalu diatas.




A samad said pasti akan terus mengambil aku sebagai anak angkatnya skiranya terbaca ayat skema sebegini. 




semenjak blog picisan tahap dewa aku itu terhasil, aku tidak pernah menulis sebarang entry masterpiece yg boleh mengangkat aku se-level dengan william shakespeare mahupun jane austen. blog itu cuma dipenuhi dengan cerita hidup aku yg boleh tahan membosankan. persoalannya disini, wadehek nye followers sampai 30k ++ ?! 




publisiti yg diraih hasil daripada penulisan blog itu sedikit sebanyak berjaya membuat aku tidak yakin untuk berjalan di khalayak ramai. mata - mata yg memandang seolah - olah memberikan isyarat yg berbunyi seperti, " weh, ko tersalah sarung selipo tu ! sebelah kau pakai wedges, sebelah kau pakai but legend ". aku harus menilik semua yg aku pakai beserta tingkah laku supaya tidak disalahanggap oleh orang2 sekeliling.




yeah, hidup untuk menjaga hati - hati yg tiada kaitan dengan aku. best describe , anna hashim takut dipandang serong oleh orang lain. 




* bersambung. . .

0 orang buat demo: