Saturday, 14 April 2012

Ciri - ciri blog yg sukses buat visitor nak tekan pangkah.

Assalamualaikum. 

tengok tajuk entry je nampak beno aku ni suka buat orang Dewan Bahasa dan Pustaka marah. aish. harhar. 

wahai orang DBP, jangan marah tau. nanti kite belanje makan cekodok pisang. hihik. 

okay, intro je dah mengarut. actually , aku buat entry ni bukanlah nak bajet otai tapi aku pon manusia blogger picisan berhingus-hingusan jugak n ade feeling. sangat2 menjengkelkan kalau time blogwalking tu ada je bende yg buat spoil mood. *sigh* . macam ni lah !


welcome note / pop up window
sayam2 sekalian, tak perlulah semua tu. yes, tujuan awok nak cantikkan lagi blog kan ? tapi minatang2 ni la yg buat visitor rasa nak tekan pangkah tu. down ohhh bila nampak pop up window. nak2 yang sampai berkali2 tu. ahh, tensen. 

banyak nau widget kat sidebar tuh.
jangan la letak banyak nau widget2 merapu macam jam tu. kat kat laptop korang dah ada, usha je jam tu bebanyak kali. kalau nak letak gambar pon cukup 1 je, bunga2 jatuh bagai tu takyah letak. kalau nak feeling winter sonata, pergi je korea. settle. hawhaw. sedar tak sedar, korang dah sukses menge-drop kan chances korang nak tambah followers sebab visitor dah bengang. aku pon trolled jugak kalau camtu. fuuuuuuuu. 

lagu dalam blog.
korang sangat2 bernasib baik kalau lagu yg korang suka tu disukai oleh visitor korang jugak. boleh tarik diorang nak masuk blog banyak2 kali kan ? tapi guys, 9/10 daripada blog2 gagal menarik perhatian readers untuk terjah blog korang. ehhh ? macam iklan garnier plak aku rasa. harhar. take note k sayang, biasanya readers suka bukak banyak2 tab kalau nak baca entry, macam aku. nanti kalau dah banyak2 tab, blog korang tu dah sebijik macam radio rosak. kalau dah gian sangat nak letak, letak jenis music player yg boleh pause tu. gratisan music memang takde pause2 bagai ni, so jangan amek yg gratisan music punye ok. pemilihan lagu pun jangan la yg rock kapak tu ! jahanam gegendang telinga dahku. 

bahasa, bahasa dan bahasa !!
kalau boleh elakkan la guna bahasa rempit ! trend bahasa rempit ni selalu aku nampak kat blogger2 baru. aku pun takde la lama sangat dalam industri blog ni *ceh* , so banyakkan tengok blog2 retis, belajar dari mereka. dalam menulis entri, bahasa baku lagi bagus ! bukan tak ke-atas-kepade-tarikh ye kawan kawan, tapi kita kena fikirkan keselesaan pembaca. elakkan:

" aquwh sayunk gilew hebakk kad dyerw !! "

" hyew tawan-2, titerw chomeyl mcm si yuyuw ashariw tuwhh ! "

sumpah ana tak paham. 

jangan buat entry meng-hentam orang lain !
please guys, entry entry menghentam takkan buat korang pemes pong. kalau pemes pon maybe atas sebab2 yang kurang best. kita blogger, jangan guna bahasa kesat dalam menulis entri. jangan hentam / maki orang lain dalam blog sebab korang takkan untung apa apa pon. readers akan melabel korang sebagai ' blogger bajet nak mampuih ' n terus klik fangkah. ada satu blog tu aku singgah time bw, dia maki orang kat entri sampai letak gambar orang tu lagi. remember guys, simpan aib orang walaupun buruk macam mana sekalipun. insyaALLAH, tuhan akan jaga aib korang dengan sebaik-baiknya. 

setakat ni, ini jela kot ciri-ciri yg sukses buat aku nak klik pangkah. aku pung bukan perfect nau. time baru je buat blog dulu ade gak letak widget banyak kemain. tulisan aku pun kalerful semacam n bahasa rempit pun aku selalu guna. bila dah selalu bw kat blog2 retis, baru aku paham kenapa ciri - ciri kat atas takleh buat. 

sebab ciri2 kat atas ni tak FRIENDLY ! aku tak perfect, tegur2 lah kalau ada tersilap mana2 k. 

less is better ! ^_^


2 orang buat demo:

hazdnul shafina said...

tq for info..sya newbie :) nice blog

Yuyu Ashari said...

@hazdnul shafina, tengs jugak syg. :)