Thursday, 17 May 2012

Cek RM5000 fasa pertama untuk orang felda dah diberi. Alhamdulillah.

Assalamualaikum. firstly, alhamdulillah. 


ok aku rasa gembira jugak untuk orang2 felda yg dapat duit ni. sebab aku pon dalam golongan orang2 felda jugak cuma aku ni cucu peneroka felda je. usha2 news feed kat fb tadi, ada jugak yg updet pasal ni. tau lah aku diorang dah amek rezeki diorang tu. ^_^

cek RM5000 fasa pertama ni untuk ketua keluarga. so the eldest in the family lah yg dapat dulu. alhamdulillah, makin senang hidup orang2 felda sekarang.

hmm, makin ramailah anak2 peneroka balik rumah eh sekarang. yela, sebelum ni nak jenguk mak ayah kat rumah pun susah ! kena umpan duit terus laju, maklumlah, bahagian diorang pon ada sekali. 

patut ke macam tu ? balik umah mak semata2 duit ? telefon mak semata2 nak tanya pasal duit ? patut eh wat camtu ? huh.

" best jugak ek raya tahun ni duit banyak. "

" mak, dengar kata bahagian untuk aini pon ada ehh ??!! "

aku rasa, sekalipun ada hak kt duit durian runtuh tu, tak patut sangat tanya mak ayah macam ni. 

nak2 kalau sebelum ni memang takde apa yg korang buat dah senangkan mak ayah korang. 

tolonglah terasa, tolonglahhh. 

tak payah la nak tuntut2 hak sangaaaaaatttttt. tak kemana HAK kau tu kalau selama ni layan mak bapak kau tu nak taknak je. balik pon sebulan sekali. nak2 kalau dah KAHWIN, laki ada kot. contoh, kalau adik beradik ada 7, then kalau duit RM 5000 tu dah dibagi-bagikan, tak banyak pon korang dapat. so, better bagi semua je kat mak ayah korang. tak patut sangat kalau duit yg sikit tu pon korang nak amek sedangkan mak ayah korang lagi perlukan duit tu. 

kalau nak dibandingkan HAK anak dengan mak ayah, mak ayah lagi patut dapat. pikir la sikit susah payah diorang nak besarkan anak2 dulu. banyak duit dah diorang abiskan semata-mata nak besarkan anak2 diorang. 

lainlah kalau diorang yg nak bagi duit tu. ni tak, belum apa2 dah bertanya. takde adab langsung. 

p/s: entry ter-emo. sebab benda ni jadi dekat orang2 yg dekat ngan aku. siyes pissed off. 

3 orang buat demo:

Udinz.com said...

hehe...ada yang balik kampung rupnya... nak bodek lah tu...

keli menari said...

tahniah anak2 felda dapat hadiah . rezeki datang..

Yuyu Ashari said...

udinz.com : bese la tu. baru nak ingat mak ayah time2 gini. =='

keli menari: tengkyu, sy cucu je. haha.