Sunday, 27 May 2012

Gua dah takleh online buat sementara dan itu sangat sadis.

Assalamualaikum.


esok, 28/5 aku dah kena lapor diri kat matriks. setelah nak dekat setengah tahun nongkrong kat rumah. hewhew. kinda sad actually. takpe, tangkak dengan melaka tak jauh. hihi. n aku percaya, ini salah satu step terawal aku untuk berjaya. walaupun balik sebulan sekali, akan ku gagahi jugak kerinduan terhadap lauk yg mak aku masak demi peraturan baru yg pengarah baru juga buat. tettt. kalah kepuitisan A samad said. 

actually motif buat entri ni sebab nak mintak maaf kat korang2 yg dah bw kat blog usang+reput aku ni. sebab aku tak dapat nak re-visit blog korang. yeah, busy ngalahkan cik temah jual nasi lemak. plus, seminggu ni dah konfem2 takleh online. lappy tak bawak, berokben plak kat umah. aisehmen. 

takpe, niat nak belajar. nak dapat pointer gempak, macam ada sorang senior skul aku dua tahun lepas. result SPM dia sama je macam aku, tapi bila dah masuk matriks, nah kau, 3.75 sehh. memang dah jelas skang kerajinan motip utama nak berjaya kannn. 

ohh btw, jangan hina budak dapat matriks/form 6/IPTS. silap2 haribulan, kami yg lagi sukses daripada awak2. ubah pemikiran tu sikit. hihi, peace. ^^

p/s: take care guys. sobbs. * sedut hingus yg keluar* 

Saturday, 26 May 2012

The wierd me.

Assalamualaikum. 

semalam ternampak durian.....


n, the bau is very the kuat. *pengsan*

baru aku terfikir yg aku ni sememangnya pelik. kalau orang lain sibuk kecur2 bila nampak gambar durian, aku macam takde feeling. aku bukan manusia normal eh ? wakaka. pernah sekali je aku makan buah durian, tu pon masa kecik. bila dah rasa sikit, aku terus taknak lagi sebab memang tak sedap. aku rasa punca aku tak suka durian ni sebab dia lembik2 kot.


tapi....tempoyak aku makan. tak ke peliks ? tempoyak tu durian jugak cuma rasa dia sedap sikit la sebab dah tambah garam. kalau tumbuk cili padi pastu campur ngan durian lagi sedap. tapi lagi, sebelum nak amek tempoyak tu letak kat pinggan pon aku rasa geli lagi. ok aku pelik.


kalau musim durian tu, memang aku jela yg kena sakat sebab tak suka durian. adik2 aku selalu makan duriann kat sebelah aku. bau gila la. tahan nafas je. kalau aku rasa dah semput sebab tahan nafas, aku marah la adik aku sebab dia buat aku tahan nafas. harhar. 


by the way, ikan masak gulai tempoyak memang sedap. *air liur meleleh*

Friday, 25 May 2012

Life as a matrix-student-to-be

Assalamualaikum. isnin ni dah kena daftar matrikulasi. tamat sudah era bermalas-malasan kat umah. 

kantoi aku malas.....

hai, kite masuk KMJ, awok ? ^^

gambar ehsan pakcik google yg awesome schmawesome tu. hihi.

kat fb, aku ada join grup KMJ ni. majoriti dak2 yg post kat situ semua dah siap pack barang2. aku ni terkial-kial lagi. harhar. yang memang takleh blah tu, ada yg siap nak bawak periuk nasi. sumpah aku gelak gila2 time baca post tu. LOL. 

satu je yg aku meradang, budak2 dalam grup tu suka tanya mende2 yg leh buat aku risau. padahal barang2 yg diorang tanya sebab nak bawak tu memang takde dalam senarai semak yg pihak KMJ sendiri dah bagi. eh, why so serious ?

aku tanya senior kat situ, start tahun lepas kot KMJ dah tukar pengarah. very the strict. haha. bayangkan la, daftar kena pakai baju warna putih, kain gelap n tudung putih. aku ingat pasni kalau nak pakai all white pon time akad nikah jela *peluk teddy bear sambil guling2* , tapi rupanya kat matriks pon kena pakai. demm.


barang2 tak berapa nak complete lagi. esok nak beli termos. huh, kalau dikira2, memang dah terlebih RM 1000 dah duit ayah aku abis untuk aku je kali ni. aku sebolehnya nak pakai apa yg ada je kat rumah aku ni dengan niat dapat la ringankan beban mak ayah aku, tapi diorang plak terlebih eksaited nak soh aku beli barang baru. sedih. sobsss.


isnin ni mak ayah aku dah kurang sorang anak. harhar. tengkyu ayah, tengkyu ibu. i'll try to impress you with my very the gempak exam result. 


p/s: maybe lepas ni akan jarang updet entri baru kat blog. sadis.

Tuesday, 22 May 2012

Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Assalamualaikum


masuk kali ni dah nak dekat beribu kali aku dengar lagu ni. siyes tak bosan langsung. memang lagu yg tepat untuk berangan. harhar. ni soundtrack cerita cik paris diva kampung yg pernah tayang kat astro ria. 

izzu islam memang tipikal lelaki naif dalam cerita ni. muka dia always innocent la. hensem walaupun misai lebat. HAHA !

"gayamu, sifatmu, cara mencintaiku yg membuat diriku jatuh cinta padamu"

p/s: korang kena dengar. ^^

Sunday, 20 May 2012

Kita tengah kembang. prakkkk ! *bunyi seluar koyak*

Assalamualaikum. 

hai, ini entri kedua. lalalala *mata kekanan, mulut sedut air kelapa*

klik gambar !

masa tu ( tah bila ) aku ada join segmen abang zamani ni. macam kat gambar atas ni la. alhamdulillah, aku terpilih. ini entri terima kasih untuk abang zamani. 

aku betul2 tak sangka jadi blogger kedua yg terpilih sebab aku rasa blog aku ni biasa2 je. penulisan aku pon banyak yg aku kena repair. rasa betul2 terharu seh sebab terpilih ! 


terima kasih abang zam. taktau dah nak cakap apa selain terima kasih. alhamdulillah. ^_^

p/s: aku malas nak tulis banyak2 , kang dikatanya aku masuk kereta sorong, tolak sendiri plak. 



Tacing aku tengok The Lost Valentine ni !

Assalamualaikum. 


pagi tadi lepas men-subuh-kan diri, layan tibi jap. banyak cite tak best kalau pagi2 ni ! bukak channel astro Diva, ada plak cerita ni, the lost valentine. nak nangis seh tengok cerita ni.

Caroline Thomas ( White ) sibuk mencari suaminya, Neil Thomas. suami dia ni tentera laut yg hilang masa bertugas untuk perang dunia ke dua. then, Susan Allison ( Hewitt ), wartawan stesen tibi tolong dia carikkan husband si caroline ni yg dah lama ' menyepi '. bayangkan la, selama 66 tahun Caroline tunggu suami dia balik kat stesen keretapi yg sama masa suami dia berangkat dulu tanpa tau yg suami dia tu dah takde dah pun kat dunia ni. 

ni part Neil tu nak pergi bertugas. 

ni caroline masa muda2. cun gila wa cakap lu.

i think ni la scene yg paling sedih. mayat suami caroline tu dibawak balik, dengan sound effect dia lagi. 

caroline ni sangat lah setia kat husband dia sampai sanggup tunggu kat stesen keretapi sepanjang 66 tahun ! plus, dia still jaga pokok bunga mawar yg suami dia tanam kat laman rumah dia. so sweet la. ^^

p/s: suka part dia rewind time caroline muda. 

Friday, 18 May 2012

Rahsia yg zionis sembunyikan daripada kita.

Assalamualaikum. firstly, terkejut. secondly, they are clever. 

ini potongan daging kambing.

ini kopi. 

tadi jalan2 kat fb, scroll2 sampai bawah terjumpa plak info ni. ok, sekadar renungan bersama n cepat2 la ubah tanggapan korang. ^^

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

p/s: bila dah baca entri ni, baru korang tau yahudi tu bijak ke tidak kan ? 

Thursday, 17 May 2012

Cek RM5000 fasa pertama untuk orang felda dah diberi. Alhamdulillah.

Assalamualaikum. firstly, alhamdulillah. 


ok aku rasa gembira jugak untuk orang2 felda yg dapat duit ni. sebab aku pon dalam golongan orang2 felda jugak cuma aku ni cucu peneroka felda je. usha2 news feed kat fb tadi, ada jugak yg updet pasal ni. tau lah aku diorang dah amek rezeki diorang tu. ^_^

cek RM5000 fasa pertama ni untuk ketua keluarga. so the eldest in the family lah yg dapat dulu. alhamdulillah, makin senang hidup orang2 felda sekarang.

hmm, makin ramailah anak2 peneroka balik rumah eh sekarang. yela, sebelum ni nak jenguk mak ayah kat rumah pun susah ! kena umpan duit terus laju, maklumlah, bahagian diorang pon ada sekali. 

patut ke macam tu ? balik umah mak semata2 duit ? telefon mak semata2 nak tanya pasal duit ? patut eh wat camtu ? huh.

" best jugak ek raya tahun ni duit banyak. "

" mak, dengar kata bahagian untuk aini pon ada ehh ??!! "

aku rasa, sekalipun ada hak kt duit durian runtuh tu, tak patut sangat tanya mak ayah macam ni. 

nak2 kalau sebelum ni memang takde apa yg korang buat dah senangkan mak ayah korang. 

tolonglah terasa, tolonglahhh. 

tak payah la nak tuntut2 hak sangaaaaaatttttt. tak kemana HAK kau tu kalau selama ni layan mak bapak kau tu nak taknak je. balik pon sebulan sekali. nak2 kalau dah KAHWIN, laki ada kot. contoh, kalau adik beradik ada 7, then kalau duit RM 5000 tu dah dibagi-bagikan, tak banyak pon korang dapat. so, better bagi semua je kat mak ayah korang. tak patut sangat kalau duit yg sikit tu pon korang nak amek sedangkan mak ayah korang lagi perlukan duit tu. 

kalau nak dibandingkan HAK anak dengan mak ayah, mak ayah lagi patut dapat. pikir la sikit susah payah diorang nak besarkan anak2 dulu. banyak duit dah diorang abiskan semata-mata nak besarkan anak2 diorang. 

lainlah kalau diorang yg nak bagi duit tu. ni tak, belum apa2 dah bertanya. takde adab langsung. 

p/s: entry ter-emo. sebab benda ni jadi dekat orang2 yg dekat ngan aku. siyes pissed off. 

Wednesday, 16 May 2012

Wordless wednesday #8

meaningful and i love the way they dance

ok sila dengar. bai. 

Tuesday, 15 May 2012

Hati.

Assalamualaikum.

Leber Schaf.jpg
this is the real ' hati ' 

bukan ini. 

dari awal belajar bio sampai dah pencen belajar bio ( tahap kain biru muda ) aku still tak paham apesal cinta, rindu, sayang dan yg sewaktu dengannye bila disebut, akan dikaitkan dengan hati. 

apa rasional nya hati, dalam memainkan peranan soal perasaan manusia ? sedangkan salah satu fungsi hati adalah menghasilkan hempedu bagi tujuan penghadaman. hempedu tu kan pahit nak mamp. apesal mesti ada kait mengait dengan cinta ? cinta tu kan manis. chaitt. 

hati means, 'liver'. 

oh my english. 

logiknya, jantung lagi layak untuk mewakili setiap perasaan manusia. sebab jantung akan berdegup seiring dengan reaksi manusia terhadap satu2 hal. contoh ah, si yuyu ashari tuh satu hari dia terserempak dengan Kev Nish yg ahli grup far east movement ensem tahap dewa tu. pastu mesti jantung dia bagi irama syahdu tahap dewa jugak. see, jantung memang seiring sejalan ngan si yuyu ashari tuh. *tarik baldi n muntah*



ini Kev Nish. *pengsan*

" jangan patahkan hati aku "

bila di-translate

" don't break my liver "

pelik dah jadinye. harhar. papepon, kalau nak ayat cinta korang tu saintifik siket, buleh la pakai perkataan ' liver ' ni. ahak.

actually, i did this whole crap because of my heart too. it says, i miss someone....

Nabi ajar kita ingat mak bapak tiap2 hari.

Assalamualaikum. 

sepatutnya, hari untuk kaum2 ibu dan kaum2 ayah mesti kita sambut tiap2 hari....



....bukan time hari2 yg dikhususkan je. deng ! *mata juling, idong pon juling*

macam tajuk entri, nabi ajar ingat mak bapak tiap2 hari. ALLAH pon dah cakap. okay2, entri ni bukan nak mengupas plus mengopek tajuk kritik2 hari ibu n hari bapak ni. tapi nak share je some words yg mak ayah aku dah cakap n memang berjaya wat aku rasa terharu gile vavi  *lari2 bahagia* .

" kak, jalan tepi sikit ! kalau akak mati , ibu gila nanti 

bukan mak aku tak pernah cakap mende lain yg leh wat aku tacing macing, tapi aku rasa ni la yg paling sukses wat aku terdiam sambil pikir macam mana besarnya kasih sayang mak aku kat aku. since aku yg sulung, mak aku panggil aku ' kakak '. time mak aku cakap dialog pink kat atas ni, kitorang tengah jalan nak masuk shopping mall. tak silap aku time aku lower form dulu kot. aku jalan almost nak ke tengah jalan, then mak aku cakap la mende kat atas ni. siyes terharu sangat2. terima kasih for everything , ibu. ibu baik sangat dah bagi akak tumpang rahim ibu dulu. 

can you believe how amazing she is ?! she can carry the heavy-me for 9 months ! i love you ibu ! *hugs*

" apalah anak mati sebab pengasuh jaga , tapi taknak sue ! kalau kita la kan, memang dah saman dahhhh !

ayah itu lelaki, n lelaki sinonim dengan sifat ego. memang tak ah nak dengar dia cakap dia sayang aku. so, bila timbul ayat camni dari mulut dia, aku still rasa terharu walaupun korang2 yg baca ni memang mata-terbukak-separuh time baca ayat bapak aku tu. kesah pulak haku. harhar. time ni dia tengah borak2 ngan mak aku pasal sape ntah, anak mati sebab pengasuh jatuhkan, tapi taknak saman. sempat gak aku tacing time dengar. ahak. 

takde ayah, akak pon takkan ada ! dalam berjuta tu, akak yg champion k ! ayah kena tau tu. harhar. 

p/s: ibu, ayah, i'll make you proud, i'll ease your burden n i'll take a good best care of both of you

Sunday, 13 May 2012

Ok aku menang.

Assalamualaikum. aku memang selalu lambat nak updet hentri =='.

k, aritu aku ada join giveaway header part 2 Nabila Medan. hari apentah yg ' aritu ' tu. lupeww la iterww. alhamdulillah, menang. ^^

tengkyuu nabila. comel. :)

p/s: second time lucky. =='

Thursday, 10 May 2012

Tahniah Dena Bahrin !

Assalamualaikum. aku noob eh sebab lambat ?

kenal Dena Bahrin tak ?

alaaaa, yang buat video pasal dia kena proposed tuuuu laaaa !

hai kak dena, akak santek.

ok dia dah kawin. n to be frank, sangat2 sweet howkeyhhhh ! siyes, aku tengok pon cam nak nangis ! ^^ kalau nak tengok video dia kena proposed tu, boleh tengok kat entri ini !!

here is the gambar curik dari blog kak Dena. :)



sweet sangat ! ini memang jodoh dari Allah SWT. subhanallah ~ may Allah bless both of you kak Dena n husband, may Allah bless your wedding too. 

p/s: happy newly-wed sis Dena Bahrin. :)

Wednesday, 9 May 2012

Tuesday, 8 May 2012

Segmen Pantas : Header Percuma | Bahagian 2!

Assalamualaikum.

klik kuat2 ! 

nak join segmen nabila medan ni ! fuhhh, arap2 menang. hihi. 

ciri2 header simple yg aku nak : 

title
yuyu ashari

font
Jane Austen

warna :
 kalau ikut link http://www.computerhope.com/htmcolor.htm ni, aku nak kaler rosy brown ( #FBBBB9 ) 

url gambar doodle


p/s: nabila, pilihla sayaaaaaaaaaaa ! *muka bajet comel*

Monday, 7 May 2012

Keputusan UPU dah keluar dan......

Assalamualaikum. fuhh, very the nebes day. herher.

bakal engineer kah ?

alhamdulillah, sekali lagi tuhan dah dengar doa aku. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. matriks dapat, UPU pon dapat. rezeki Allah ada kat mana2. ketaq lutot ana time nak check. memang nebes gila. 

engineering ni memang aku minat gila dulu. rasa macam mekanik tahap ohsem. cehcehhh. harhar. tapi bila dah difikir2 balik, aku rasa aku macam tak layak nak ambik kos ni. kerja kursus dia mesti ada kena buat welding2 bagai (kot) . n aku ni specky, susah. berapa banyak speck mata pulak aku nak kena pakai nanti ? hewhew.

n aku dah buat keputusan, aku akan pergi matrikulasi. insyaAllah. 

p/s: ada batch 94 yg dapat UPU gak ? meh la share ngan aku kat sini. ^^ 

Friday, 4 May 2012

Tentang hal ehwal masa depan. *skema*

Assalamualaikum.

hai encik masa depan. awak nak jumpa saya tak ?

rajah 1.

hmm, dulu time sekolah, tak sabar nau nak besar, nak jadi student U, nak ada kerjaya sendiri. rasa ohsem gila bila tengok budak2 U grad, pakai jubah oversize plus topi petak tu. aku taktau hapende namanya, so aku bedal la topi petak. hari hari pergi sekolah asyik borak2 ngan member kamcing pasal nak jadik hape esok beso, nak masuk U mana, nak grad dengan course apa n not to forget....bakal suami aku siapa. 

pehh, kanak2 cakap pasal suami ? sah hormon tengah tak stabil. =='

hmm, that was before. skang lepas dah dapat result SPM, result form 6 / matriks da lain ceritanya. 

" sayam, awok dapak beghape A ? "

" yuyuuuuuuuuuuuuuuuu !!!!! kau dapat katne ? kau nak pergi mana ? aku eksaited tahap fafi ni !! "

" demm. gua jeles tengok lu olang sama tempat belaja "

okai, ini baru dialog sebenar orang2 yg baru nak masuk alam student U tu hah. kata all grown up. cara cakap pon kena ubah mannnn. =='

seriously, kalau la dapat singgah balik masa2 lepas yg aku dah bazirkan tu, aku memang akan polish balik diri aku. 

hehe.

time dapat result spm tu, ayah aku ada condemn aku kejap. takpe, aku paham. ayah dah penat kerja. bila aku dapat tawaran matriks ni, alhamdulillah, i can put a smile again on his face. aku still taktau nak belajar dalam bidang apa nanti. aku totally lost.

yg pertama, aku taknak buat apa yg aku tak suka. itu memang sangat2 membazir masa. aku ada pendirian tetap walaupun sometimes rasa goyah, rasa tak percaya diri n pastu nak ikut kawan. nanti end up kerja yg tah pape. sounds demanding, but what can i say. i just want the best for myself and my family.

ukur baju di badan sendiri. tett.

apa yg boleh aku buat cuma usaha dan tawakal bebanyak. isnin ni keputusan UPU keluar. takot !!!

p/s: offline untuk 2 hari. balik kampung, takdop line !

BEN ASHAARI tanya blogger sapa nak ?


BEN ASHAARI

wahh, abang ben ashaari retis buat segmen lagi ! nak join lagi. aritu dah join segmen bloglist dia tu. hihi. ok, dia suruh aku tulis kenapa korang patut pilih blog aku nak letak kat bloglist korang. 

blog aku ni blog picisan je. baru nak cari tapak utk berdiri. cehcehceh. korang patut pilih blog aku sebab blog aku mungkin akan banyak bagi info n boleh ceriakan hari korang. ni memang gua dah masuk kete sorong ,tolak sendiri dah ni. 

k, nak join klik je header abang ben tu. segmen tamat pukul 11.59 malam ni. :)

Thursday, 3 May 2012

BEN ASHAARI : MAY 2012


BEN ASHAARI

bagi aku blog abang ben memang memberi inspirasi buat aku nak menulis. so aku nak masuk bloglist may dia ni sebab nak tambahkan readers n kawan dalam blogging ni. 

Revenge, drama siri baru kat star world. wajib tengok !

Assalamualaikum, peeps. lately i've been busy doing..err...doing nothing sampai i lupa i ada blog. ehh ?

lupa kahhh ?

poster promo Revenge

tak lupa la sayam ! harhar. revenge ni drama siri baru kat astro channel 711 ( star world ). since tengok iklan dia before cerita ni start, aku dah suka dahhhhh. start tengok episod pertama, cerita ni memang tak menghampakan langsung. serious best ! 

the way emily thorne balas dendam memang tip top. semua benda dia boleh buat. okay, ini sinopsis nyaaaaa. 


Emily Thorne ( Emily VanCamp ) tiba ke hamptons pada musim panas dan menyewa rumah disebelah rumah keluarga Grayson utk menikmati musim panasnya. Emily sudah pernah tinggal di hamptons sewaktu dia kecil. hakikatnya, Emily ialah Amanda Clarke yg mana ayahnya , David Clarke telah dituduh melakukan jenayah yg tidak pernah dilakukannya dan dihukum penjara seumur hidup. Emily telah dipisahkan buat selama-lamanya daripada ayahnya dan tidak pernah bertemu lagi dengannya selepas itu. kini dia kembali ke hamptons untuk membalas dendam kepada sesiapa yg telah menyalahkan dia dan ayahnya. terletak di senarai teratas, Victoria Grayson ( Madeleine Stowe ) ibu pemimpin dalam keluarga Grayson dan wanita yg dicintai bapanya pada akhirnya mengkhianati ayahnya. sambil merancang plan dalam gerakan, Emily cuba untuk mengemudi masyarakat kelas atasan yg telah mengkhianati ayahnya. tetapi, semakin jauh rancangannya, semakin banyak emosi terlibat.

ni pakwe Emily Thorne dalam cerita ni. josh bowman. hemsem ? ^^

kay, aku sarankan korang tengok cite ni ! tengok macam mana liciknya Emily nak balas dendam. kalau aku tengok cerita ni time marah, konfem reda sebab aku rasa macam aku dah balas dendam. feeling jadi artis ? ehhh. 


p/s: cerita ni tayang setiap ari isnin n selasa pukul 10.45 malam. tengok tau ! :)