Friday, 24 May 2013

So there's a thing that we call DREAMS......

Assalamualaikum, gaisssssss :D

soghi lahh. kenkadang macam terlupa jugak diri ini ada blog, 

kenkadang macam banyak je rasa nak tulis kat blog ni, tapi selaluuuuuu ended up tak tulis pape.

well, aku pun manusia biasa apa *flip jambul*

dah lama sebenonye nak buat entri pasal impian ni. semorang pun ada impian. jangan nak membohong cakap takde impian or cita cita bagai sebab alangkah kauorang bangun dari tido tetibe nak makan sambal belacan jamie oliver buat pun impian kayyyyyyyy

ufufufuuuu propa sangat uolsss jamie oliver buat sambal belacan XD

tak salah ada cita cita, tak salah kalau nak berangan tahap ekstrim macam mana pun asalkan ada usaha kan ? topik pasal cita cita @ impian ni besau. bukan terhenti setakat dream job jee tapi meliputi apa yg kau orang nak sesangat dalam hidup. so tu dah jadi LIFE GOALS. GOALS are made to be archieved, aite ? :)

so i've been dreaming about these things for a while....

1. pusing keliling dunia sebab makanan ! *drool*

Large

masa kat matrik dedolu (macam dah lama sgt je kuar matrik =='), cikgu bi aku tanye le 1 kelas tentang cita cita @ impian ni. sampai turn aku jawap, aku cakap aku nak pusing 1 dunia sebab aku nak makan. diulang, MAKANNN. kena gelak jugak tapi peduli apa aku kekeke. i found out it is very interesting to visit the world as you can widen ze knowledge + experience different culture of living + of course you can MAKAN all the way you like !!! hahaha aku lah kaki melahap *gelak besar sambil tepuktepuk perut*. 

aku jenis frequent eater tapi dalam amount yg sikit sebab aku cepat kenyang. bila aku sedar baju mcm dah sempit, mak + kengkawan aku cakap " amende yg gemuknyeeee ? " so aku assume macam tu greenlight untuk aku makan dan makan lagi hahahah. lain negara, lain budaya. so of course makanan pun lain lain. kalau boleh aku nak pergi negara asal yg cipta makanan mcm spaghetti , pizza, sushi etc etc sebab aku nak rasa sendiri orang negara tu bikin.

kalau duit aku dah berkepuk nanti, paris pun macam best kan ? :D

2. shop till drop ! 

Large

kalau dah namanya pompuan macam pelik pulak tak suka shopping. nak nak yg umur macam aku ni heheheh. aku lahir dalam keluarga sederhana pulak tu anak sulung, aku kena la paham akan kesederhanaan tu kannn. aku nak nanti aku boleh shopping sesuka hati aku n op kos guna duit sendiri w'out hesitating about bajet lari hahaha. 

of course, barang girly yg aku nak ada nanti mcm makeup stuff yg aku tau aku takkan boleh beli sekarang (if you know wat i mean), merasa pakai baju designer hebat , ada koleksi handbag n kasut2 sendiri yg semua nya disusun kat 1 bilik khas untuk aku jee. hehe tamak tak tamak tuu XD insyaAllah kalau ada rezeki, merasa lah aku nak ada semua benda ni :) 

kadang-kadang shopping ni bukan the matter of boros, tapi lebih kepada self-pampering. tak salah pun kalau nak nikmati hasil usaha sendiri :)

tapi semua yg aku nak ni perlukan ongkos yg sangat vanyakk :O so aku memang takde cara lain selain usaha dan tawakal. 

Allah swt tak kejam. Dia akan makbulkan doa aku. :')

Thursday, 9 May 2013

keburukan kacang soya.

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai *dalam satu napas*

masa kat matrik, kalau aku kesiangan time hari kuliah memang aku terus g beli ayak gedegang soya.

ayak gedegang tu air tin yg beli kat vending machine. kan bila dah tekan nak air yg mana, nanti dia jatuh bunyik dia ' gedegangggg ' gitewww kekeke


gambar n info ni aku dapat dari SINI

sebabnya kalau dah lambat tu, memang tak sempatlah nak menapak g kafe. soya jela yg boleh buat aku rasa kenyang sikit. 

tapi tapi tapiiiiiiiiiiiiii, sebenarnya soya ni lebih banyak buruk daripada baik nya..

Antara keburukan kacang soya:
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
  • Mengandungi hemaglutinin yang mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.
  • Mengandungi goitrogen yang mengkibatkan fungsi tiroid menjadi lemah.
  • Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat (perencat enzim) yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman.
  • Wujud unsur heavy metal toxic di dalam tubuh badan, dan ia boleh menyebabkan nyanyuk.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen. Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

**Peringatan!! Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini

so dah tau ni better tak payah consume langsung soya ni k. :)

Entri rojak plus sikit comparing matrik dengan form 6.

Assalamualaikum, gaisssss

dah seminggu lebih since hari last kat matrik.

n yg paling brrr nyewww, iteww teringat-ingat katil itewww kat matrik yg itewww tak bape nak cinta tuu. 

adakah ini yg namanya cinta ? *tetibe*

Large
hengseng pulak matsaleh nin.

ghasenye dah lama kemain tak mengarut kat sini. ehh jangan sangka baik sangat, bukan taknok hapdet sebab bz belajau, tapi tapi tapi sebab malasssss~ssssssss. ni pun stil taktau nak tulis apa, aku main beduk je ni. bolehlah kalau setakat nak dapat anugerah entri rojak *mata ke atas, hidung pun turut ke atas*.

in the previous entry i did write about encik crush :) so aku assume aku dah takde apa apa feeling kat dia even sampai sekarang aku ngaku dia je lelaki yg sukses buat aku rasa nak jadi lagi baik. so babai hencik crush, saya nak move on. :)
Large
aku rasa zaman matrik aku jauh lagi seronok daripada zaman sekolah. masa baru habis sekolah pun takdelah aku angau sangat kat sekolah aku sampai teringat-ingat mcm aku ingat kat matrik ni. boleh tak nak cakap aku tak suka sekolah ? kekeke certain masyarakat yg baru pencen sekolah memang tak prefer matrik. katanya susah, tak boleh bawak.

tapi tapi tapiiiiiiiii, instead of pertaruhkan masa depan kat form 6, lebih baik pertaruhkan masa depan kat matrik. it's not that i'm being so narcist about form 6, tapi dah banyakkkk bukti kat sekeliling aku yg dah buat aku fikir betapa tak berbaloi-baloinyeww lepaskan tawaran matrik tu untuk form 6. 

kalau tak silap, form 6 dah pakai PBS (penilaian berasaskan sekolah) kan ? apa yg aku nampak, kawan aku mcm makin terbeban. 

aku harap ayat aku ni takde offend sesape sebab aku takde niat nak meng-offend pongg :)

so pada manusia-manusia yg terlalu banyak negative thoughts pasal matrik, believe me that place is not as bad as you think. jangan percaya cakap-cakap manusia yg berenti separuh jalan je kat matrik tu, sebab kau orang takkan jumpa point positip pon dalam hujah-hujah diorang.

chaitt, hujah.... =..=

kawan aku ada cerita, ada kawan dia sanggup tak mohon matrik langsung sebab dia fikir dia tak boleh bawak plus katanya susah kemain. kalau tak silap, dia cakap macam ni kot " kau ni dah kenapa nak g matrik ? susah dowwww ". bunyi mcm mempertikaikan pun ada jugaa.  at the end dia end up study kat kolej swasta sebab tak dapat tawaran buat diploma. so i was like " vattt ? dia pandai kotttt weyyy !!! ". and bolehlah kita assume juga yg semua ini rejeki dari Allah SWT. andddd mohon jee apa apa, kes dapat tak dapat or susah tak susah tolak tepi dulu. 

plus, jangan berlagak gaiss. :)

sakit hati jugak dengar cerita dia. yelaa, belum apa apa dah mengutuk macam tu kan..

Large

tapi alhamdulillahh, cukuplah aku cakap yg pointer-pointer kami nin ok. sebenonye kalau ada budak matrik yg grad dengan ponter 2.00 ke bawah, percayalah bahawa manusia itu bapak pemalas kat matrik. 

agak-agak batch baru dah masuk ke tak ek ? tetibe rindu rumah kedua aku tuu :'(